Astigmatisma

Jun 25, 2024
Astigmatisma

Astigmatisma

Rabun silau atau astigmatisma adalah masalah gangguan penglihatan yang disebabkan oleh kelengkungan kornea atau kelengkungan kanta mata yang tidak sekata. Keadaan ini akan mengakibatkan penglihatan kabur pada sebarang jarak. Rabun silau boleh dialami pada sebarang peringkat umur.

Hampir semua orang mengalami rabun silau tetapi pada tahap keterukan yang berbeza. Rabun silau selalunya datang bersama – sama rabun jauh dan rabun dekat.

Gejala/tanda penghidap rabun silau adalah berbeza antara individu. Penghidap rabun silau yang sedikit tidak mengalami sebarang gejala/tanda. Gejala/tanda yang biasa dialami adalah seperti berikut:
* Mata kabur pada sebarang jarak
* Pandangan terherot
* Senstif terhadap cahaya yang boleh menyebabkan kesukaran memandu pada waktu malam

Rabun silau yang tidak dibetulkan akan menyebabkan penghidap mengalami gejala – gejala seperti di atas dan seterusnya akan menjurus pada masalah-masalah lain seperti kurang tumpuan, kesukaran memandu ketika waktu malam dan penurunan prestasi kerja/sekolah. Pada kanak – kanak, rabun silau yang tidak dirawat awal boleh mengakibatkan ambliopia atau mata malas.

????????????????????????????????????

Kami di Pusat Pakar Mata MESRC sedia menanti kunjungan anda untuk mendapatkan khidmat rawatan dan penjagaan mata. Maka, jika anda ada masalah mata, anda boleh hubungi kami di 06-2869016 | 011-35596706 atau wspp dengan tekan link dibawah ????????????????????????
http://www.wasap.my/601135596706/sayanakcheckmata

#melakaeyespecialist&refractivecentre
#pusatpakarmatamelaka
#klinikpakarmatamelaka
#eyespecialistmelaka
#klinikmatamelaka
#MESRC
#pusatpakarmatamesrc
#kualitisediaikhlas


FOLLOW US
CONTACT US
Melaka Eye Specialist & Refractive Centre
Lot 27,
Jln KPAA1,
Kompleks,
Malacca City, 75150,
Malaysia.

Phone : +601135596706