Aug 13, 2024
“

“????????????-???????????????????????????? ???????????????????????? ????????????????????????????????????????????????”

Makula adalah bahagian saraf (retina) dalam mata yang paling penting untuk melihat objek dengan jelas dan warna yang betul.

Degenerasi makula adalah perubahan tidak sihat pada bahagian saraf (retina) dalam mata tanpa penyebab yang nyata yang boleh menyebabkan gangguan pandangan kekal.

ARMD adalah merupakan salah satu penyebab kebutaan di kalangan warga emas. Secara umumnya lebih kurang 30-50 juta orang penduduk dunia telah terjejas akibat penyakit ini. ARMD boleh menyebabkan seseorang sukar melakukan aktiviti seperti membaca dan mengecam muka seseorang.

ARMD boleh menjejaskan 1 atau kedua-dua mata. Pesakit mungkin tidak menyedari sebarang perubahan sekiranya hanya satu mata terjejas kerana masih boleh melihat dengan baik menggunakan mata yang sebelah lagi.

Apakah yang boleh anda lakukan bagi mengelakkan ARMD?

* Cuba kekalkan berat badan yang sihat.
* Galakkan pengambilan makanan berkhasiat seperti sayuran hijau, buah-buahan seperti buah oren, betik, mangga dan lain-lain. Lebihkan pengambilan ikan di dalam diet.
* Jangan merokok.
* Kawal tekanan darah sebaik mungkin (tahap normal) dan kawal masalah kesihatan yang berkaitan seperti kencing manis dan lain-lain.
* Lindungi mata anda dari sinaran cahaya matahari dengan memakai cermin mata gelap atau memakai topi semasa di luar rumah atau bangunan.
* Segera berjumpa Doktor Mata (Oftalmologis) sekiranya anda mengalami gangguan penglihatan yang berterusan.

????????????????????????????????????

Kami di Pusat Pakar Mata MESRC sedia menanti kunjungan anda untuk mendapatkan khidmat rawatan dan penjagaan mata. Maka, jika anda ada masalah mata, anda boleh hubungi kami di 06-2869016 | 011-35596706 atau wspp dengan tekan link dibawah ????????????????????????
http://www.wasap.my/601135596706/sayanakcheckmata

#melakaeyespecialist&refractivecentre
#pusatpakarmatamelaka
#klinikpakarmatamelaka
#eyespecialistmelaka
#klinikmatamelaka
#MESRC
#pusatpakarmatamesrc
#kualitisediaikhlas