Mata kering
Mata kering adalah satu keadaan di mana terdapat kekurangan air mata untuk melembabkan dan menyuburkan mata. Air mata adalah perlu untuk mengekalkan kesihatan mata dan untuk memberi penglihatan yang jelas.
Mereka yang mengalami mata kering adalah disebabkan oleh pengeluaran air mata yang kurang ataupun mempunyai air mata yang tidak berkualiti.
Masalah ini boleh mengakibatkan gangguan pada permukaan mata dan seterusnya menyebabkan gejala yang kurang selesa serta memberi kesan terhadap kualiti hidup.
Apabila airmata tidak mencukupi untuk melincirkan permukaan bola mata, seseorang mungkin mengalami:
* Mata sakit atau tidak selesa
* Sensitif terhadap cahaya
* Terasa berpasir
* Terasa seperti terdapat bendasing di dalam mata
* Mata gatal
* Mata merah
* Kabur penglihatan
* Mukus bertali di dalam mata
* Mata berair
Walaupun masalah mata kering tidak boleh disembuhkan sepenuhnya, terdapat beberapa langkah yang perlu diambil untuk rawatan bagi menugurangkan gejala mata kering seperti ubat titis mata atau rawatan eye spa.
Jika anda mengalami masalah seperti diatas , segeralah berjumpa dengan pakar kami untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya untuk merawat masalah mata kering.
????????????????????????????
Kami di Pusat Pakar Mata MESRC sedia menanti kunjungan anda untuk mendapatkan khidmat rawatan dan penjagaan mata. Maka, jika anda ada masalah mata, anda boleh hubungi kami di 06-2869016 | 011-35596706 atau wspp dengan tekan link dibawah ????????????????????????
http://www.wasap.my/601135596706/sayanakcheckmata
#melakaeyespecialist&refractivecentre
#pusatpakarmatamelaka
#klinikpakarmatamelaka
#eyespecialistmelaka
#klinikmatamelaka
#MESRC
#pusatpakarmatamesrc
#kualitisediaikhlas